Friday, April 4, 2008

SUMBANGAN UNTUK DANA WISMA PEMBANTU PERUBATAN

Wisma Pembantu Perubatan

Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan seluruh Malaysia.

Wisma Pembantu Perubatan ialah Bangunan Kedai Tiga Tingkat di Reko Sentral, Kajang berharga RM730,000.00 menggamit sumbangan ehsan setiap warga PPP dengan kadar minima RM100 sahaja.
Sumbangan kita warga PPP menzahirkan sebuah bangunan pejabat di Kajang Selangor pastinya memartabatkan profession PPP seluruh pelusok Negara. Letaknya hanya 15 minit perjalanan ke Pusat Pentadbiran Perseketuan, Putrajaya merupakan lokasi yang strategik.
Sumbangan ehsan anda menjadi kenangan manis dalam sebuah kehidupan kerjaya kita PPP sebagai mercu tanda profesion terunggul.
Sumbangan ehsan anda adalah tanda kesyukuran dan semanggat juang yang jitu meneruskan kesinambungan perjuangan ke hari muka.
Keprihatinan anda lahirlah Wisma Pembantu Perubatan. Tanpanya tiadalah kebanggaan di hari depan. Manakan terbitnya semangat perjuangan.
HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA !
TABUNG DANA WISMA PEMBANTU PERUBATAN
( BANK ISLAM MALAYSIA PUTRAJAYA )
NO AKAUN 16-018-01-001139-1
Semua urusan bayaran hendaklah dikemukakan dengan menghantar salinan slip urusan bank serta maklumat seperti NAMA, K/P & ALAMAT TEMPAT AMALAN KE IBUPEJABAT PPPM ATAU MELALUI Faksimili ke nombor 03-88831490
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
Tel : 03-8883188 / 1382 / 2188 Fax : 03-88831490

No comments: