Thursday, March 27, 2008

VISI DAN MISI KKM

Visi
Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-
Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu

No comments: